Hadith 40 (Imam An Nawawi) - Hadith 3




Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:


lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan. 

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.




Pokok Perbincangan Hadis :

1) Binaan Islam :

-Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka.
-Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.


2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :

-Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
-Bagi yang menolak semuanya, hukumnya kafir
-Sesiapa yang ingkar salah satu  bukan muslim (ijma)
-Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
-Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq


3) Matlamat Ibadat :


  1. Syahadah - syarat diterima amalan lain.
  2. Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
  3. Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
  4. Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib segerakan.
  5. Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
  6. Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.



Pengajaran hadis:

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam
sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam
seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh
setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna
kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti
keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

Lima Syarat Dibenarkan Maksiat


Pada suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabiah. Ia meminta nasihat kepada dirinya agar ia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya. Ia berkata, "Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku cara yang kuat untuk menghentikannya." 

Setelah merenung sejenak, Ibrahim berkata, "Jika kau mampu melaksanakan lima syarat yang aku beri, maka aku tidak keberatan kau berbuat dosa." 

Dengan penuh rasa ingin tahu, Jahdar bertanya, "apa saja syarat-syarat ini, ya Aba Ishak?" 

"Syarat pertama, jika kau bermaksiat, maka janganlah kau memakan rezeki Allah", ucap Ibrahim. Lelaki itu mengerutkan dahinya lalu berkata, "Lalu aku makan dari mana? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rezeki Allah?" 

 "Benar", jawab Ibrahim tegas. "Bila kau telah mengetahuinya, masih layakkah kau memakan rezeki-Nya sementara kau terus melakukan maksiat dan melanggar perintah-perintah-Nya?" 

 "Baiklah…", jawab lelaki itu tampak menyerah. "kemudian apa syarat yang kedua?"

"Kalau kau bermaksiat kepada Allah, janganlah kau tinggal di bumi-Nya", kata Ibrahim lebih tegas lagi. Syarat kedua ini membuat Jahdar lebih pelik lagi. "Apa? Syarat ini lebih hebat. Lalu aku harus tinggal di mana? Bukankah bumi dengan segala isinya ini milik Allah?" 

"Benar Abdullah. Karena itu fikirkanlah baik-baik. Apakah kau masih layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya sementara kau terus berbuat maksiat?", tanya Ibrahim. "Kau benar Aba Ishak", ucap Jahdar kemudian. 

"Lalu apa syarat ketiga?", tanyanya dengan gusar. "Kalau kau masih juga bermaksiat kepada Allah tetapi masih ingin memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, maka carilah tempat yang tersembunyi agar tidak terlihat oleh-Nya." Syarat ini membuat lelaki itu terkesima. "Ya Aba Ishak, nasihat apakah semua ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" 

 "Bagus! Kalau kau yakin Allah selalu melihat kita, tetapi kau masih terus memakan rezeki-Nya, tinggal di buminya, dan terus melakukan maksiat kepada-Nya. Patutkah kau melakukan semua itu?", Tanya Ibrahim kepada lelaki yang masih nampak bingung itu. 

 "Baiklah, ya Aba Ishak, apa syarat yang keempat?" 

 "Jika malaikatul maut hendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya bahawa engkau belum mau mati sebelum bertaubat dan melakukan amal soleh." Jahdar termenung. Tampaknya ia mulai menyadari semua perbuatan yang dilakukan selama ini. Ia kemudian berkata, "Tidak mungkin…tidak mungkin semua itu kulakukan." 

 "Ya abdallah, bila kau tidak sanggup mengundurkan hari kematianmu, lalu dengan cara apa kau dapat menghindari murka Allah?" Tanpa banyak soal lagi, ia bertanya syarat yang kelima, yang merupakan syarat terakhir. Ibrahim bin Adham untuk kesekian kalinya memberi nasihat kepada lelaki itu. "Yang terakhir, bila malaikat Zabaniyah hendak menggiringmu ke neraka dihari kiamat, janganlah kau ikut dengannya dan menjauhlah!" 

 Lelaki yang ada dihadapan Ibrahim bin Adham itu tampaknya tidak sanggup lagi mendengar nasihatnya. Ia menangis penuh penyesalan. Dengan wajah penuh sesal, ia berkata, "Cukup…cukup ya Aba Ishak! Jangan kau teruskan lagi. Aku tak sanggup lagi mendengarnya. Aku berjanji, mulai saat ini aku akan beristighfar dan bertaubat nasuha kepada Allah." Lelaki itu memang menepati janjinya. Sejak pertemuannya dengan Ibrahim bin Adham, ia benar-benar berubah. Ia mulai menjalankan ibadah dan semua perintah-perintah Allah dengan baik dan khusyuk.


Shahih Muslim (Imam Muslim)


Imam Muslim Bin Hajjaj Al Qusyairy An Nisaburi, lahir pasa 204H (820M) di Nisabur, sebuah kota besar di Khurasan, Iran. Beliau meninggal di tempat sama pada Ahad, 24 Rejab 261H (875M).

Semenjak kanak-kanak lagi, Imam Muslim sangat rajin menuntut ilmu dengan kecergasan, kebijaksanaan, kemahuan, dan ingatan yang luar biasa. Dikhabarkan pada usia 10 tahun, beliau telahpun menghafaz alQuran dan ribuan hadith berserta sanadnya.

Ketika mudanya, Imam Muslim merantau ke serata negeri-negeri Islam seperti Iraq, Hijaz, Syam, Mesir dan lain-lain untuk mencari ilmu dengan ulama-ulama pada masa itu. Antara guru beliau ialah Imam Ahmad Bin Hanbal dan Abdullah ibnu Maslamah. Beliau juga sentiasa mendampingi Imam Bukhari ketika Imam Bukhari datang ke Nisabur.


Imam Muslim memikul nama yang besar sebagai ulama hadith yang masyur hingga mendapat gelaran Imam. Beliau bukan sahaja bijak, kuat ingatan, tekun, malah sentiasa menjauhkan dirinya daripada dosa. Oleh kerana itu, karya beliau amat menimbulkan rasa hormat dikalangan ahli-ahli ilmu.


Imam Muslim berjaya mengumpul sebanyak 300 000 hadith yang kemudiannya beliau periksa satu persatu dengan ilmu "mustolah hadith" Setelah ditapis dengan sangat teliti, hanya 7275 saja hadith yang mendapat 'sahih'. Ketelitian ini menempatkan Imam Muslim sebaris dengan Imam Bukhari walaupun beliau sendiri pernah belajar dari Imam Bukhari. Selain Shahih Muslim, karya beliau yang lain antaranya ialah Al Musnad Al Kabir, Al Jami', Al Asma' wal Kaniya, Al Afrad wal Wihdan, Al Aqran, Masyaikh At Thauri, Tasmiyatu Syuyukhi Malik dan banyak lagi.


Semoga Allah swt melimpahkan rahmatNya dan kebaikan yang tidak putus-putus pada Imam Muslim atas jasa beliau mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah saw, sehingga kaum muslimin dengan mudah dapat membuat rujukan dan panduan dalam pelbagai masalah dan soal.

InsyaAllah...amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...