Isu Kalimah Allah: Allah Milik Siapa?


Allah milik siapa? Islam atau Kristian? Layakkah Allah di hak milikkan? Kalau kita bertelagah, cuba kembali pada AlKitab dan Assunnah..


A139
Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;
(Surah Al-Baqara:139)


Allah swt bukanlah milik sesiapa pun..bahkan Allah lah yang memiliki segala apa yang wujud selainNya. Sesiapa pun di alu-alukan untuk menyembah tuhan yang empunya nama Allah subhanahua ta'ala. Cuma ada beberapa syarat yang perlu anda penuhi sebelum anda menganggap tuhan yang anda sembah ialah Allah:


1. Allah itu esa, satu, dan tunggal. Tidak ada 3 dalam 1..bukan beratus bukan beribu.

2. Allah itu menguasai segala sesuatu. Bukan boleh dikuasai atau dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti angin,cahaya,jin,malaikat dan apa jua.

3. Allah tiada ibu bapa dan juga tiada anak. Tidak boleh ada tuhan bapa, tuhan ibu, tuhan anak, tuhan nenek, tuhan atok.

4. Tidak ada apa jua yang sekufu atau setaraf dengan Allah swt. Tidak boleh wujud perkataan tuhan-tuhan atau pun Gods dalam bahasa inggeris.


Kalau anda rasa anda dah penuhi syarat-syarat di atas.. gunalah kalimah Allah sebagai tuhan yang anda sembah. Tunaikan segala hak dan suruhan serta tingalkan segala larangan. Jangan sekali-kali anda syirikkan Nya kerana amat tidak layak bagi Allah swt untuk disyirikkan.

Pesanan ini bukan untuk orang bukan Islam je ok...tapi untuk seluruh makhluk manusia atau jin pun boleh juga. Wallahu'alam..


Kisah Abdullah Ibnu Mas'ud


Tak berapa lama setelah memeluk Islam, Abdullah Ibnu Mas'ud bertemu Rasulullah dan meminta kepada baginda agar dia diterima menjadi pelayan baginda dan Rasulullah pun menyetujuinya. Sejak hari itu, Abdullah Ibnu Mas'ud tinggal di rumah Rasulullah. Dia berhenti dari menggembala kambing untuk menjadi pelayan utusan Allah dan pemimpin umat. Abdullah Ibnu Mas'ud sentiasa mendampingi Rasulullah dan selalu mengikuti ke mana pun baginda  pergi. 

Dia membangunkan Rasulullah untuk solat bila baginda tertidur, menyediakan air untuk mandi, mengambilkan terompah apabila baginda hendak pergi dan pulang. Dia membawakan tongkat dan siwak Rasulullah, menutupkan pintu kamar apabila baginda hendak tidur. Bahkan Rasulullah mengizinkan Abdullah memasuki kamar baginda jika perlu.

 Baginda  memercayakan kepadanya hal-hal yang rahsia, tanpa khuatir rahsia tersebut akan terbuka. Kerana itu, Abdullah Ibnu Mas'ud dipanggil dengan sebutan "Shahibus Sirri Rasulullah" (pemegang rahsia Rasulullah). Abdullah Ibnu Mas'ud dibesarkan dan dididik dengan sempurna dalam rumah tangga Rasulullah. Kerana itu dia menjadi seorang yang terpelajar, berakhlak tinggi, sesuai dengan karakter dan sifat-sifat yang dicontohkan Rasulullah kepadanya. Sampaikan orang mengatakan, karakter dan akhlak Abdullah Ibnu Mas'ud paling mirip dengan akhlak Rasulullah. Abdullah Ibnu Mas'ud pernah berkata tentang pengetahuannya mengenai Kitabullah (Al-Qur'an) sebagai berikut, 

"Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Tidak ada satu ayat pun dalam Al-Qur'an, melainkan aku tahu di mana dan dalam situasi bagaimana diturunkan. Seandainya ada orang yang lebih tahu daripada aku, niscaya aku datang belajar kepadanya."

 Abdullah Ibnu Mas'ud tidak berlebihan dengan ucapannya itu. 

Pada suatu malam, Khalifah Umar sedang dalam perjalanan, ia bertemu dengan sebuah kabilah. Malam sangat gelap hingga menutupi pandangan. Abdullah Ibnu Mas'ud berada dalam kabilah tersebut. Khalifah Umar memerintahkan seorang pengawal agar bertanya. 

"Hai kabilah, dari mana kamu?" teriak pengawal. 

"Min fajjil ‘amiq (dari lembah nan dalam)," jawab Abdullah. 

"Hendak kemana kamu?" "Ke Baitu Atiq (rumah tua, Ka'bah)," jawab Abdullah. 

"Di antara mereka pasti ada orang alim," kata Umar. 

Kemudian diperintahkannya pula menanyakan, "Ayat Al-Qur'an manakah yang paling ampuh?" 

Abdullah menjawab, "Allah, tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya) tidak mengantuk dan tidak pula tidur…" (QS Al-Baqarah: 255). 

"Tanyakan pula kepada mereka, ayat Al-Qur'an manakah yang lebih kuat hukumnya?" kata Umar memerintah. 

Abdullah menjawab, "Sesungguhnya Allah memerintah kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang kamu dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (QS An-Nahl: 9). 

"Tanyakan kepada mereka, ayat Al-Qur'an manakah yang mencakup semuanya!" perintah Umar. 

Abdullah menjawab, "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walaupun seberat dzarrah, niscaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walaupun sebesar dzarrah, niscaya dia akan melihat balasannya pula." (QS Al-Zalzalah: 8).

Demikian seterusnya, ketika Umar memerintahkan pengawal untuk bertanya tentang Al-Qur'an, Abdullah Ibnu Mas'ud langsung menjawabnya dengan tegas dan tepat. Hingga pada akhirnya Khalifah Umar bertanya, "Adakah dalam kabilah kalian Abdullah Ibnu Mas'ud?" 

Jawab mereka, "Ya, ada!" Abdullah Ibnu Mas'ud bukan hanya sekedar qari' (ahli baca Al-Qur'an) terbaik, atau seorang yang sangat alim atau zuhud, namun ia juga seorang pemberani, kuat dan teliti. Bahkan dia seorang pejuang (mujahid) terkemuka. Dia tercatat sebagai Muslim pertama yang mengumandangkan Al-Qur'an dengan suara merdu dan lantang. 

Pada suatu hari para sahabat Rasulullah berkumpul di Makkah. Mereka berkata, "Demi Allah, kaum Quraisy belum pernah mendengar ayat-ayat Al-Qur'an yang kita baca di hadapan mereka dengan suara keras. Siapa kira-kira yang dapat membacakannya kepada mereka?" 

"Aku sanggup membacakannya kepada mereka dengan suara keras," kata Abdullah. 

"Tidak, jangan kamu! Kami khuatir kalau kamu membacakannya. Hendaknya seseorang yang punya keluarga yang dapat membela dan melindunginya dari penganiayaan kaum Quraisy," jawab mereka. 

"Biarlah, aku saja. Allah pasti melindungiku," kata Abdullah tak gentar. Keesokan harinya, kira-kira waktu Dhuha, ketika kaum Quraisy sedang duduk-duduk di sekitar Ka'Baha Ad-Daulah. Abdullah Ibnu Mas'ud berdiri di Maqam Ibrahim, lalu dengan suara lantang dan merdu dibacanya surah Ar-Rahman ayat 1-4. Bacaan Abdullah yang merdu dan lantang itu kedengaran oleh kaum Quraisy di sekitar Ka'bah. Mereka terkesima saat mendengar dan merenungkan ayat-ayat Allah yang dibaca Abdullah.

Kemudian mereka bertanya, "Apakah yang dibaca oleh Ibnu Ummi Abd (Abdullah Ibnu Mas'ud)?" "Dia membaca ayat-ayat yang dibawa Muhammad!" kata mereka begitu tersedar. Lalu mereka berdiri serentak dan memukul Abdullah. Namun Abdullah Ibnu Mas'ud meneruskan bacaannya hingga akhir surah. Ia lalu pulang menemui para sahabat dengan muka bengkak dan berdarah. "Inilah yang kami khawatirkan terhadapmu," kata mereka. "Demi Allah, kata Abdullah, "Bahkan sekarang musuh-musuh Allah itu semakin kecil di mataku. Jika kalian menghendaki, besok pagi aku akan baca lagi di hadapan mereka." 

Abdullah Ibnu Mas'ud hidup hingga masa Khalifah Othman Ibnu Affan memerintah. Ketika ia hampir meninggal dunia, Khalifah Othman datang menjenguknya. "Sakit apakah yang kau rasakan, wahai Abdullah?" tanya khalifah. "Dosa-dosaku," jawab Abdullah. "Apa yang kau inginkan?" "Rahmat Tuhanku." "Tidakkah kau ingin supaya kusuruh orang membawa gaji-gajimu yang tidak pernah kau ambil selama beberapa tahun?" tanya Khalifah. "Aku tidak memerlukannya," kata Abdullah. "Bukankah kau mempunyai anak-anak yang harus hidup sepeninggalmu?" tanya Othman. "Aku tidak khuatir, jawab Abdullah, "Aku menyuruh mereka membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam. Kerana aku mendengar Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya!" Pada suatu malam yang hening, Abdullah Ibnu Mas'ud pun berangkat menghadap Tuhannya dengan tenang. 


Majoriti Atau Minoriti?


Assalamualaikum. Majoriti biasanya akan menang.. nak pilih ketua kelas, nak lantik ketua cawangan, dalam pemilihan kerajaan pun yang majoriti lah yang akan diangkat sebagai pemerintah dalam sesebuah negara. Tapi macam mana pula dengan yang jadi minoriti? 

Dah jadi lumrah perspektif masyarakat (masyarakat itu sendiri melambangkan majoriti) bahawa yang ramai adalah pihak yang benar dan yang sedikit itu adalah pihak yang salah atau pemberontak. Benar atau salah, hak atau batil sesuatu perkara diukur oleh bilangan orang yang menyertai atau menyebelahi mana-mana pihak. Apabila ini yang kita pegang, maka secara automatiknya Allah swt dan Rasulullah saw telah kita buang ke tepi dalam menentukan dan mempertimbangkan sesuatu permasalahan. 

Benarkah yang ramai itu lurus dan yang sedikit itu sesat?? Amik ni...


وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
(Al-Anaam:116)



Islam datang dalam keadaan asing.
Dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya.
Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.
~ Hadith Riwayat Muslim ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...