H7N9 Senjata Biologi AS?



CHINA dikejutkan dengan serangan virus influenza A, H7N9 yang telah mengorbankan 18 orang dan 95 kes jangkitan dilaporkan sejak Mac lalu.

"Susulan daripada insiden itu, pegawai tentera tempatan dengan lantang, menuduh Amerika Syarikat (AS) menjadi dalang melancarkan perang biologi ke atas negara itu.

Menerusi kenyataan dipaparkan laman blog mikro, Sina Weibo dan turut mendapat perhatian media di Asia baru-baru ini, Kolonel Dai Xu mendakwa AS telah menyebarkan virus berbahaya tersebut.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Negara AS, Jason Rebholz menafikan tuduhan itu yang kononnya dianggap sebagai tidak berasas.

Ogos lalu, akhbar Global Times menyiarkan kenyataan beliau menggesa China melancarkan peperangan dengan AS atas tindakan mereka menyokong Jepun bagi menuntut Pulau Senkaku yang menjadi pusat pertikaian wilayah maritim antara kedua-dua negara tersebut.

Dalam kenyataan terbarunya, Xu turut mendakwa Pentagon kini sedang cuba menjalinkan hubungan ketenteraan lebih rapat dengan China.

Selain itu, beliau menyatakan virus H7N9 itu dicipta sebagai senjata biologi sama seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars) yang dibangunkan oleh AS dan menyerang negara tersebut pada 2003.

“Pada masa itu, AS sedang melakukan pencerobohan di Iraq dan mereka khuatir kami akan menggunakan peluang tersebut untuk mengambil tindakan.

Bertitik-tolak daripada itu, AS bertindak menggunakan senjata biologi untuk menentang China,” katanya.

Beliau turut mendakwa AS mahu menggunakan taktik sama ketika ini dan China sepatutnya berwaspada dan cuba menangani masalah tersebut dengan tenang.

“AS juga telah menggunakan krisis bersama Korea Utara untuk merenggangkan hubungan Beijing dengan sekutunya menerusi tawaran ‘kerjasama’ mereka.

Selain itu, Xu juga mendedahkan teori plot negara Barat untuk mengancam pihak lain dengan cara mendedahkan maklumat yang diperoleh bertujuan untuk menjejaskan reputasi sesebuah negara.

Kenyataan lantang Xu tersebut mendapat maklum balas negatif banyak pihak dan sehari selepas itu beliau sekali lagi mengemas kini status dengan mendakwa sekumpulan individu di China telah disuntik dengan ‘toksin mental’ oleh AS berikutan pendirian mereka yang terus menyokong kuasa besar terbabit.

Sementara itu, penganalisis memaklumkan lebih 945,600 pengguna blog mikro memperkatakan mengenai isu penularan H7N9 tersebut antara 8 dan 9 April lalu.

Sejak ia mula tersebar secara meluas di media, antara 1.3 dan tiga juta pengguna Sina Weibo dan QQ Weibo mengemas kini status mereka, selain memberi maklumat terkini berhubung kes tersebut.

Puluhan ribu pengguna turut menyatakan keraguan mereka terhadap pegawai perbandaran Shanghai yang menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden  khinzir ditemui mati terapung di Sungai Huangpu, bulan lalu.

Susulan daripada itu, ada spekulasi yang mendakwa kematian misteri lebih 16,000 khinzir di sungai yang menjadi sumber bekalan air penduduk di Shanghai tersebut mencetuskan penyebaran virus pembawa maut terbabit.

Menurut khabar angin, seorang daripada mangsa yang dijangkiti H7N9 itu adalah penyembelih khinzir.

Selesema burung itu dikatakan sama seperti wabak sebelum tetapi dengan perbezaan ketara; virus terbaru  menyebabkan sukar mengenal pasti haiwan ternakan yang dijangkiti kerana ia tidak membunuh haiwan tersebut.  

Difahamkan, China mengesahkan kes pertama jangkitan H7N9 kepada WHO pada 31 Mac lalu dan pihak berkuasa dipercayai mengambil masa 20 hari untuk membuat pengumuman itu

Menjelang 5 April, sebanyak 14 kes dilaporkan dan enam daripadanya membawa maut.

Pada masa ini, virus H7N9 tersebut  telah tersebar ke banyak kawasan termasuk di Shanghai, Jiangsu, Zhejiang dan Anhui.

Walaupun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan ia tidak boleh disebarkan oleh manusia, namun banyak pihak khuatir jika virus itu mengalami mutasi yang akan menyebabkan ia menjadi lebih berbahaya.

Pihak berkuasa China juga cuba untuk meredakan kebimbangan penduduk dengan meyakinkan kepada mereka bahawa tiada bukti menunjukkan manusia boleh menjadi penyebar virus tersebut melainkan jika mereka terdedah dengan haiwan ternakan atau burung yang dijangkiti H7N9.

Difahamkan, sampel virus itu telah dihantar ke makmal di beberapa negara termasuk Netherlands dan Britain bertujuan untuk penyelidikan bagi menghasilkan vaksin yang sesuai.



sumber: sinar harian

Ada Apa Dengan Melayu?


Melayu.. Bangsa Melayu.. Ketuanan Melayu.. Takkan Melayu hilang di dunia.. Semua ni ungkapan yang biasa kita dengar bila kita cerita tentang 'MELAYU'. Apa tu 'MELAYU'? Dalam perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:


1. Seorang yang beragama Islam.
2. Bertutur bahasa Melayu.
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.


Maksudnya sapa-sapa pun (walaupun bangsa asalnya cina, india atau lain-lain) yang beragama Islam, bertutur bahasa melayu, mengamalkan adat melayu dan dia lahir sebelum 31 Ogos 1957 adalah seorang Melayu. 

Betul..Dulu nenek-moyang kita memang hebat.. Tapi.. apa yang ada pada Melayu kini? 

Rogol, sumbang mahram, buang anak, penagih dadah.. bangsa apa yang paling ramai?? MELAYU... Jadi, apa yang ada pada Melayu??

Percayalah.. Tiada satu bangsa pun yang lebih mulia dari bangsa lain. Yang membuat sesorang itu mulia hanyalah agamanya. Orang melayu patut bersyukur sebab bangsa kita ni sangat sinonim dengan agama Islam.. Celik mata terus diazankan.. Daftar surat beranak tulis Islam.. Buat mykad agama tulis Islam..  Tapi cukup Islam kah orang melayu ni..??

Aku sendiri lahir sebagai orang melayu, tapi aku tak anggap bangsa aku ni lebih mulia dari bangsa cina, india, dusun dll.. Kenapa? Sebabnya ramai orang melayu yang kononnya Islam tetapi diorang sendiri yang menjatuhkan maruah agama yang kita semua imani, Islam. Tak kira la rakyat, bahkan para pemimpin masyarakat sendiri samaada menteri, raja, kerabat-kerabat diraja pon sama jugak.. arak, zina, maksiat dah jadi darah daging masing-masing.. Moden kononya..Puih!!


Rasulullah saw sendiri melarang asabiyah sebagaimana sabdanya: 

Bukan dari golongan kami orang yang mengajak kepada asabiyah. Bukan daripada golongan kami orang yang berperang atas asabiyah. Dan bukan dari golongan kami orang yang mati atas asabiyah
( Riwayat Abu Daud )


Tak salah kita nak cinta pada bangsa kita, tapi biarlah berpada-pada.. Jangan sampai bangsa tu mendahului agama. Kata 'Biar mati anak, jangan mati adat' ada baiknya kita ganti dengan 'Biar mati adat, jangan mati iman'. Biarlah cinta kita pada Melayu ni betul-betul menjadikan bangsa kita sebagai bangsa yang Islamik. Dalam hadis yang lain yang aku jumpa:


"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat  Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)



Takkan Islam Hilang Di Dunia!!!


Panduan Solat Jamak Dan Qasar


Islam memberi kemudahan kepada orang mukmin meringkas atau memendek solat dalam pelayaran,ketika sakit,dalam peperangan atau lain-lain keadaan darurat . Dalam istilah fiqh solat seperti ini dipanggil "Solat Qasar". 

Kemudahan lain mengenai kewajipan solat dalam keadaan-keadaan tertentu ialah mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu, dipanggil "Solat Jamak" 


Solat Qasar 

Kemudahan mengqasar solat bagi para musafir di sebut dalam al-Quran ayat 101 Surah An-Nisa : 


Beberapa Hadis Rasullulah saw dan para sahabat juga menjelaskan antara lain : 


Saidina Umar Al Khattab berkata : 
"Solat Jumaat dua rakaat dan solat musafir dua rakaat , sempurna bukan qasar . Demikian diperintah oleh Allah atas lidah Nabi-Mu" (Riwayat An-Nasaai) 


Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Muslim,Abu Daud dan Al-Baihaqi dari Yahya bin Yazir , katanya : 
"Saya bertanya kepada Anas bin Malik tentang qasar solat , maka Anas menerangkan : "Adalah Nabi saw apabila pergi 3 batu atau satu farsakh nescaya baginda solat 2 rakaat (qasar solatnya) . 

Dalam riwayat lain yang disebut oleh Ibnu Umar : 
"Walaupun jika saya safar satu batu saya akan qasarkan solat" 

Bukhari dan Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang berkata : 
"Ketika Rasullulah saw menakluk kota Makkah , baginda tinggal di sana 19 hari , dan selama itu baginda solat 2 rakaat."

Daripada beberapa riwayat di atas orang ulama termasuk Ibnu Hazam berpendapat bahawa perjalanan yang paling dekat boleh dinamakan safar iaitu perjalanan sejauh 1 batu  (lebih kurang 1.8km) 

Namun para ulama lain menjelaskan bahawa untuk lebih selamat , perjalanan yang paling dekat dipanggil safar iaitu 3 farsakh atau kira-kira 3 batu (5.4km). 

Sebahagian ulama lain berkata perjalanan yang paling pendek boleh dipanggil safar iaitu sejauh 2 marhalah atau 3 marhalah atau jarak berjalan kaki sehari malam. 

Dari pendapat ulama yang terakhir ini, maka perjalanan yang boleh dipanggil safar ialah sejauh 80.6km yang menyamai kira-kira 50 batu walaupun jarak safar yang paling pendek menurut para sahabat hanya 3 batu atau 4.8km sahaja. 

Lain-lain syarat yang membolehkan solat qasar dalam safar ialah ; 
1- Tujuan perjalanan bukan kerana maksiat. 
2- Solat yang dikerjakan ialah solat tunai bukan solat qada'
3- Niat qasar hendaklah ketika takbiratul ihram. 
4- Dibolehkan qasar solat 4 rakaat iaitu zohor,asar dan isyak. Solat subuh dan maghrib tidak boleh qasar. 


Solat Jamak

Kemudahan solat, dengan menggumpulkan 2 solat dalam satu waktu (solat jamak dan qasar) juga berdasarkan Hadis dan Sunnah Rasullulah saw.

Menurut satu riwayat dari Anas menerusi Bukhari dan Muslim: 
"Dari Anas, katanya: Rasullulah saw apabila berangkat dalam perjalanan sebelum waktu zohor ke waktu Asar, kemudian baginda
berhenti dan jamakkan (zohor dengan asar).Jika telah masuk waktu zohor sebelum berangkat baginda solat zohor dahulu."

Dalam riwayat lain dari Muaz menerusi Imam Tirmizi dan Abu Daud disebut bahawa dalam peperangan Tabuk Rasullulah saw mengerjakan solat zohor bersama asar pada waktu zohor. Baginda juga mentakhirkan solat zohor dengan asar pada waktu asar. 
Apabila baginda solat maghrib pada waktu maghrib, baginda sertakan solat isyak bersama solat maghrib . Dan apabila baginda takhirkan Maghrib pada waktu isyak bersama maghrib. 

Ibnu Abbas ra meriwayatkan menerusi Bukhari: 
"Rasullulah saw sering menjamak zuhor dan asar apabila baginda dalam pelayaran. Begitu juga, diantara Maghrib dan Isyak." 

Dalam hadis tadi jelaslah bahawa solat jamak boleh dibahagikan kepada 2 iaitu: 

1- Jamak taqdim (didahulukan) 
2- Jamak takhir (dikemudiankan) 


Lebih jelas lagi , jamak taqdim ialah mengerjakan solat zohor bersama asar pada waktu zohor, dan solat maghrib bersama isyak pada waktu maghrib. 

Solat jamak takhir pula ialah mengerjakan solat isyak bersama maghrib pada waktu isyak.

*solat subuh (2 rakaat) tidak boleh dijamakkan samada jamak takdim atau jamak takhir. 


Syarat-syarat lain tentang solat jamak taqdim ialah : 

1. Hendaklah dimulai dengan solat pertama; iaitu zohor diikuti solat Asar atau Maghrib diikuti dengan isyak.
2. Berniat jamak ketika takbiratul ikram. 
3. Berturut-turut seolah-olah kedua-dua solat itu adalah satu solat sahaja. 

*Jika seorang musalli yang mengerjakan solat jamak dan qasar , hendaklah disertakan juga niat solat qasar dan jamak ketika takbiratul ikram. 


Bagaimanapun sebahagian ulama termasuk Ibnu Taimiyah berpendapat niat jamak dan qasar tidak perlu dalam solat yang diqasarkan sepanjang pelayaran, kerana rasullulah saw ketika dalam pelayaran telah mengerjakan solat jamak dan qasar tanpa menyuruh para sahabatnya berniat jamak dan qasar. 

Dalam kata lain, menurut mereka solat jamak dan qasar dalam pelayaran adalah satu rukhsah atau kemudahan tabi'in bagi para musafir dan mereka tidak perlu berniat untuk menjamak dan menqasarkan solat mereka ketika takbiratul ikram. 

Sebahagian mereka juga berkata , syarat berturut-turut (mualat) dalam solat jamak juga tidak perlu kerana syarat itu menghilangkan sifat rukhsahnya. 

Dalam sebahagian kitab fikh, solat jamak dibolehkan dalam beberapa keadaan : 

1- Ketika berada di Arafah dan Muzdalifah. 
2- Safar dalam pelayaran. 
3- Kerana hujan lebat
4- Kerana sakit atau uzur 
5- Kerana hajat.

Niat Solat Jamak dan Qasar

1-Contoh Niat Qasar Zohor (dipendekkan)

"Sahaja aku solat fardu zuhor dua rakaat qasar kerana Allah Taala"

2-Contoh Niat Jamak Maghrib di dalam waktu isyak (jamak takhir)
"Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat dijamak dengan isyak kerana Allah Taala"

Sumber ; 

Petikan "Buku Solat Rasullulah" 
Halaman 100-110
Mustafa Suhaimi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...